Followers

Wednesday 19 May 2010

Selingan 5 minit


Sibuk gila sekarang ni. Sampaikan dalam tidur pun boleh bercakap merapu-rapu pasal data analisis. Sebab sibuk bagai nak gila la, blog ni terpaksa aku lupakan sementara. At least sampai lepas aku hantar artikel baru aku untuk satu persidangan kat Gold Coast hujung tahun ni nanti. Tu pun kalau lepas... hik hik..



Tapi hari ni tangan aku sangatlah gatalnya macam kena kurap gajah setebal 5 inci, mesti nak tulis gak kat dalam blog ni. Aku bukannya nak cerita panjang-panjang. Cuma nak meluahkan perasaan aje. Sakit hati jiwa. Semakin lama semakin parah. Semakin #$%&@ rasanya....

Mula-mula dulu dia start dengan 'Salam 1 Malaysia'

Macam nak tersembur keluar kuih pau dalam mulut aku masa tu. Kalau betul-betul aku muntah hari tu, sure laki aku haramkan aku naik keta dia untuk 2-3 minggu. Dalam hati aku kata, apa kejadahnya Salam 1 Malaysia ni? Orang Islam boleh ke bagi salam macam ni?

Sekarang macam-macam menatang pulak dah berkait dengan fesyen 1 Malaysia ni...

1 Malaysia 1 Dunia

Selama ni ada ke 2-3 bijik Malaysia kita jumpa kat mana-mana? Ayam Malaysia ada la. Bukan setakat 2-3 lagi dah, tapi dah naik taraf berlambak-lambak tak terbendung kat internet ni, thanks to 'dacing hikmat'....

Contoh-contoh lain...

- Colours of 1 Malaysia
- Pesta 1 Malaysia 1 Port Dickson
- 1 Malaysia Restaurant
- 1 Belia 1 Malaysia
- Biasiswa 1 Malaysia
- Kem 1 Malaysia
- Klinik 1 Malaysia (mati la aku...!)
- Unit Amanah 1 Malaysia
- wat de hell...

Agaknya abang Najib takut tsunami akan melanda Malaysia dan membahagi-bahagikan negara kecik ni kepada 2-3 bahagian berasingan. Tu pasal la dia bergasak-gasak men'satu'kan Malaysia....


Aku pening.

Benda yang tak boleh diterima akal ni buatkan aku rasa nak muntah darah.



Nasib baik dalam kartun ni takde gambar pompuan gemuk tengah muntah darah.....kalau ada, aku la tu.

Gila!

2 comments:

  1. salam.
    I stumbled upon your blog while I was googling about Umrah. =)
    Since you've performed the Umrah recently, I need your advice on what to bring and is it necessary to bring a big luggage? Or is it enough to just bring the luggage provided by the travel agent?

    ReplyDelete
  2. W'salam...

    Dear benazirjb, first of all, tahnk you for visiting my blog. I hope you like it. are you preparing to go for umrah in the near future? if yes, congratulations, you are also one of the honorable guest of Allah the Almighty. Alhamdulillah. About the appropriate luggage to bring, I have answered your questions in a new blog post. I hope it will be of useful tips for you to decide. Till then, take care & selamat beribadah. semoga mendapat keredhaan dan beroleh keberkatan, Insya-Allah. Wassalam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails